Rambut Lurus Menawan
Untuk meluruskan rambut secara tradisional, amalkan mencuba petua ini..
~ Ambil sebiji kelapa tua dan diparut serta diperah santannya.
~ Simpan santan di salam peti sejuk dan gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
~ Selepas itu, bilas kepala anda dengan air seperti biasa.
* Amalkan rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali semunggu. Insya Allah, rambut akan menjadi lurus terurus.
Rambut Kusam dan Bercabang
Tanpa korang sangka, pisang sebenarnya
boleh membaiki keadaan rambut yang rosak, mengutakan rambut dan juga
mengekalkan kelembutan rambut. Bagaimana caranya? Begini caranya..
Lenyekkan pisang sehingga hancur, kemudian
titiskan beberapa titik minyak almond. Gaulkan sehingga adunan menjadi
krim rambut yang lembut. Basuh rambut dengan air terlebih dahulu,
kemudian sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut dan biarkan
selama 15 minit. Selepad itu bilas dengan air soda dan biarkan rambut
begitu selama 5 minit sebelum dibasuh dengan air biasa. Amalkan setiap 2
hari sekali, pasti korang akan nampak kesan yang sangat berbeza.